Jabatan Sains Kimia

 

Pengenalan

PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK JABATAN SAINS KIMIA

 Pengenalan

 Program Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) dan Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) ditawarkan oleh Jabatan Sains Kimia. Program-program ini mula ditawarkan pada sesi pengajian Mei 2001/2002. 

Objektif  

  • Untuk melahirkan graduan dalam bidang kimia yang mempunyai pengetahuan teknikal di samping nilai-nilai insaniah dan pengurusan, serta bertanggungjawab terhadap Pencipta dan masyarakat.
  • Untuk menghasilkan ahli sains dan profesional yang mahir dalam bidang kimia yang dapat memberikan perkhidmatan kepada industri dan pembangunan dalam negara.

 Prospek Kerjaya
Terdapat banyak peluang kerjaya yang memerlukan graduan daripada bidang Sains Kimia dan bidang Kimia Analisis dan Persekitaran.  Antara kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan dari kedua-dua program tersebut adalah: 

  • Pegawai Penyelidik
  • Pegawai Sains
  • Ahli Kimia Pembangunan Produk
  • Ahli Kimia Pembangunan Proses
  • Ahli Kimia Analisis
  • Ahli Kimia Forensik
  • Ahli Kimia Awam
  • Pensyarah
  • Guru 

Program Akademik

Program yang ditawarkan

  1. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)
  2. Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)

 Keterangan Program

1.Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)

Program ini menyediakan graduan untuk bekerja dalam pelbagai bidang kimia di mana program ini membolehkan graduan mengaplikasikan penggunaaan kimia dalam bidang Kimia Analisis, Kimia Organik, Kimia Polimer, Hasilan Semulajadi, Kimia Fizikal, Kimia Koloid, Kimia Tak Organik serta Alam Sekitar.  Program ini direka bentuk dengan mengambilkira segala  aspek kehidupan, kemajuan dan segala cabaran dalam menghadapi alaf baru.  Graduan program ini juga akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam bidang kimia tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti komputer, teknologi maklumat, pengurusan, perniagaan, biologi, fizik, alam sekitar dan lain-lain.  Program ini sangat perlu bagi membantu industri pembuatan bahan kimia, makanan, petroleum, perkayuan, oleokimia dan plastik terutamanya di Pantai Timur Semenanjung.

2. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)

Graduan program ini akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam pelbagai bidang kimia tetapi mempunyai kemahiran istimewa dalam kaedah kimia analisis dan sekitaran serta penggunaan segala peralatan dan instrumen yang terkini dalam bidang tersebut.  Graduan dalam bidang Kimia Analisis dan Persekitaran amat diperlukan dinegara ini.  Ini adalah kerana pembangunan dalam bidang industri yang begitu pesat memerlukan kawalan dan pemantauan yang serius.  Graduan yang dihasilkan diharap dapat mengimbangi kemajuan dalam bidang industri dan penjagaan alam sekitar serta mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang kimia khasnya.  Antara kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan dari program ini adalah sebagai penyelidik, ahli kimia bagi pembangunan produk, pembangunan proses, analisis dan alam sekitar dan forensik.  Graduan juga boleh menceburi bidang pengajaran sebagai pensyarah atau guru.

Struktur Kurikulum

  1. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)
  2. Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)

Hubungi Kami

 Jabatan Sains Kimia
Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, MALAYSIA
Tel : +609-6683289
Faks : +609-6694660

Permanent link to this article: http://fst.umt.edu.my/jabatan-sains-kimia-2/